Assalamualaikum
Sapa kat sini penah buat orang menangis,,,Sila angkat keyboard hehe kalau sapa kata tak penah tu...Alhamdulillah la sejuk perut ibu mengandung...Last week keluar dengan paktam cari walker untuk baby nuha pastukan terjadi satu drama air mata...Tapi bukan kita yang menangis...Kita buat sorang kakak tu yang menangis huhu Maafkan daku sister
Citer dia camni...Hari tu paktam malas nak drive sebab dia penat pasang water heater kat rumah jadi sebagai isteri yang caring. mithali dan sewaktu dengannya (tangan didada mata keatas) telah meng offer kan diri untuk drive...Paktam plak dok sebelah jaga baby nuha... Nak keluar dari rumah kami ni kan..Ada satu simpang cibuk yang amat...Selalu jugak la berlaku kemalangan kat simpang tiga tu.. So disitulah kejadian tu berlaku ...Ada sorang kakak kancil tu kat depan keta kami,..Kira kami belakang dia la...Memula tengok kakak tu macam takut-takut je nak keluar simpang...Sampai jalan agak-agak takda keta pun dia tetap tak keluar..Masa ni dalam hati dah cuak dah...Apahal la dia ni taknak keluar-keluar kan..Pastukan keta dia makin lama dok berundur ke belakang, kita pun undur gak la kan sikit sebab belakang kita pun ada keta... Dia punya undur tu sampai nak tercium keta kita...Kita pun apa lagi kan hon la...Skali kakak tu terus menangis daa... Tak tau la kan maybe dia ingat kita marah dia kot...Kita tak marah pun kak oii..Kita cuma nak bagitau je keta kita ni dah nak bercium Huhu
Then kakak tu bagi isyarat tangan suruh jalan dulu...Kita plak dah terkedu skali tengok kakak tu nangis kan...Tak tau dah camna nak drive keluar dari situ...Terpaksa la buat isyarat kat orang belakang plak suruh jalan dulu...Tapi orang-orang yang kat belakang ni semua baik hati...Ada la kot dua, tiga biji keta kat belakang tu...Semua pakat-pakat reverse bagi keta kami keluar dari simpang...Pendek kata iklan kempen "Sopan santun budaya kita" tu ada kesannya kot kat hati masyarakat malaysia...Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment